Skip links

Lawatan ke Tapak Cadangan Regassification Terminal 3 (RGT-3), Lumut

🛠️ Lawatan ke Tapak Cadangan Regassification Terminal 3 (RGT-3), Lumut
📅 22 November 2025
📍 Lumut, Perak

Wakil daripada Kementerian Ekonomi (KE), Suruhanjaya Tenaga (ST), dan Integrax Berhad telah dijemput menghadiri sesi lawatan tapak ke cadangan projek Regassification Terminal 3 (RGT-3) yang dianjurkan oleh PETRONAS Gas Berhad.

Lawatan ini memberi pendedahan menyeluruh terhadap perancangan dan kemajuan awal projek strategik ini — di samping membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama dan sinergi antara pihak berkepentingan dalam membentuk masa depan tenaga negara.

Satu langkah penting ke arah kelestarian tenaga dan pembangunan infrastruktur strategik negara.

This website uses cookies to improve your web experience.